Monday, February 13

Pada siapa sebenarnya aku hipokrit?

Hipokrit ke aku pada diri sendiri?
Hipokrit ke aku pada orang sekeliling?
Pada dia, pada kawan-kawan, pada keluarga, pada Dia yang satu?
Atau mereka yang patut aku salahkan? Berani salahkan Tuhan, Fazra?
Gila.

Siapa Nur Fazra Zulkifli yang aku tunjukkan pada orang tu?
Siapa pulak Nur Fazra Zulkifli bila sorang-sorang?
Siapa Nur Fazra Zulkifli di hadapan Tuhannya?

Mana satu aku yang sebenar-benarnya aku pon aku taktahu. Sumpah.

Sejak kebelakangan ni aku ikutkan saja apa yang orang mahu. Itu yang aku nak? Entah. Aku tak kisah.
Tapi kadang-kadang aku membenci dalam hati. Penakut.
Kadang-kadang aku menyesal tapi itu yang aku ulang. Tapi aku senyapkan je. Kenapa ya?
Hipokrit pada diri?

Tak reti malu?
Kotorkan hati, minta ampun, kotorkan semula.
Tapi masih lagi diberi nikmat dalam hidup. Masih lagi diberi peluang untuk hidup.
Tak malu ke aku ni?

Apa sebenarnya yang aku nak dalam dunia ni?

Seberat-berat dosa aku layak lagi ke aku hidup menyempitkan Bumi?
Semahu-mahunya aku mati, mahu ke tanah Bumi terima jasad aku?

*nangis*

Dengan siapa aku nak kongsi benda macam ni? Bila aku timbulkan orang cakap aku poyo lah bajet alim minah kerek. Aku tahu, kalau kita semua ni kain, aku kain yang paling buruk. Yang orang buat alas kaki, lap bontot ke. Bukan tahap aku nak mimpi untuk bersih. Apatah lagi nak bersuara.

Tapi kita semua ada peluang untuk berubah kan? The least we can do is niat. Niat untuk ke arah itu.

Faham tak maksud aku?

Tapi orang tak faham aku.

Mungkin sebab tu aku senyap, mengalah dan teruskan berhipokrit. Mungkin.

Kadang-kadang aku menangis dalam tidur, takut mati.
Selalu aku tahan air mata masa sujud, malu. Masih lagi diberi peluang untuk sujud walaupun banyak hitam dosa aku contengkan pada badan aku sendiri.

Dekat siapa nak diarahkan salah? Dekat siapa nak dihalakan jari telunjuk?

Muka sendirilah.

Mereka yang beriman takkan ulangi kesilapan yang sama. Obviously, iman aku lemah. Obviously, bukan aku yang patut korang dengar cakapnya. Aku tak layak nak bernasihat. Jujur.
Aku sendiri pun masih sedang berusaha untuk bangun mencapai cinta Tuhan.
Mencari diri sendiri.




Dari dulu aku fikir, kalau saat ni aku mati, amal yang mana aku nak tunjuk pada Dia?