Thursday, September 8

Moments I Treasure


Kisahnya bermula apa sepasang kekasih yang tercomel main nyorok nyorok dekat Tesco. Ah tiba-tiba si gadis itu terberhenti dekat section aiskrim tu. Ahhh sejuuuukk.

'Aiseh, macam teringin' hati si gadis berdesis (KRR!)

Lalu, dia pon cari-cari lah flavour aiskrim yang disukainya. Terus lupa yang dia nieh sebenarnya masih dalam pertandingan nyorok-nyorok dengan si .. er gadis salu partner dengan sape hah? Duda? Uda? Teruna? Pon bolehhh. Haa pertandingan nyorok-nyorok dengan si Teruna.

Sedang asyik dia memilih aiskrim, ah tiba-tiba, si gadis kena sergah daripada belakang. Teruna rupanya. Ah terkejut si gadis tau.

Lepas tu, gadis pon usulkan laa cadangan untuk beli eskrem dekat teruna dengan gaya bebas. Hahah okay that sounds wrong. Datang pula si The Best Lamp Post Ever Existed (TBLPEE). Hahaha kejam tau nama :P Haa maka gadis dan teruna pon usulkan pula kepada TBLPEE untuk beli eskrem.

Oleh kerana harga eskrem itu tidak sepadan dengan saiznya, bincang punya bincang, pilih punya pilih, mereka pon bersetuju untuk tong-tong duit dan membeli eskrem tersebut. Oh sodapp.. Sorang dalam lebih kurang lapan ringgit.

Memandangkan mereka bertiga ini sangat bertamadun walaupun setiap kali lepas makan adegan paksa cium tangan masing masing yang bau tahap longkang akan berlaku, mereka terfikir tanpa sudu bagaimana mungkin mereka dapat melahap eskrem tersebut sampai licin. Maka si gadis sekali mengusulkan idea ala-ala anak jin bertopengkan manusia.

'Pinjamlah sudu Tesco' *emphasize on the pinjam please*

Ah kadang-kadang buat jahat dengan mereka nieh memang asyiiik banget. Maka, si teruna being the only guy, men-voluntere-kan (*cough*kena paksa*cough*) diri gi PINjam sudu Tesco. Teeheee

Masuk kereta, sebelum makan, baca doa dulu ;) And they lived happily ever afterrrrr.




Ah rindu.