Aku merengus sambil lipatan lengan baju, yang entah berapa kali aku cuba lipat tak menjadi itu, aku buka kembali.
"Orang dah lambat nieh. Janganlah buat hal!"
Aku marahkan diri sendiri. Lipat lengan baju pun fail. Sengetlah, tak selesalah. Mengada-ngada. Lengan baju kanan aku buka lipatannya sambil keluhan berat aku lepaskan.
"Sakit hati. Abang dah bising, semua dah bising suruh pergi rumah nenek. Siapa suruh mandi lambat? Siapa? Siapa suruh mandi lama-lama? Siapa? Padan muka! Baju satu bakul tuh bila pulak nak sidai? Ish, cepatlahh selesaaaa!!"
Terasa mahu menangis. Nak minta siapa lipatkan ni? Mata dah berair. Teringat dia. Benci..
Aku duduk di birai katil. Malas dah. Motif pasal lengan baju pon nak make a big fuss macam nieh? Tak selesa lah, gila! Motif nak bergaduh dengan diri sendiri?
Haih...
Terdengar bunyi bising radio dari luar bilik. Yusof Taiyoob, Yusof, Taiyoob. Yusof Taiyoob ke nak tolong lipat lengan baju nieh?? Aku berdialog dengan diri sendiri.
Tiba-tiba..
Abang dengan Aish yang dekat luar bilik tengah tunggu entah ke mana, baju sebakul menunggu untuk disidai entah ke mana. Air mata memang dah tak boleh nak sekat. Pandang lengan baju lagi laju turun air mata.
"Sayang..," Air mata turun laju. "Lengan baju tak selesa, senget, tak sama panjang. Mana awak ni?"