Penat buat apa?
Entah.
Kemahuan untuk belajar ada. Eh, yeke? Takda kot. Tengok buku pon aku tak lalu.
Tapi wajib untuk aku buka dan telaah betul-betul isi buku-buku tu. Entah kenapa aku rasa takda hati dengan apa yang aku buat sekarang. I've found the right track but I've lost the heart during the journey. Kenapa ya?
Padahal ini yang aku kejarkan dari dulu. Aku suka kehidupan sibuk. Kerja yang aku impikan ni bakal buat aku sibuk 24/7. Aku suka perasaan to have everything done on time. Perasaan aku bila dalam assignments berlambak, bila dapat homeworks Mathemathics, bila terima assignments Physics, bila deadline nak dekat tapi kerja jauh daripada siap. Superb.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sudah pukul dua setengah.
Lebih dua jam aku duduk depan laptop. Perah otak nak tulis apa. Sekerat itu je yang aku mampu keluarkan.
Ayah telefon cakap nanti re-new IC. Tukar nama sekali. Dia kata, mahu dekatkan Nur dengan Fazra. Instead of kelihatan seperti ini; Nur Fazra. Nama aku akan kelihatan seperti ini; Nurfazra. Entah dia gurau ke serius, aku tak mahu ambil tahu. Nama anak dia, suka hati dia lah nak tukar macamana pon.
Aku tanya pada otak, mahu belajar apa harini? Takde respon. Aku tanya pada hati, dia mahu tidur. Mungkin aku hanya perlu mandi. Dan kemudian text kesayangan bertanya khabar serta menyuarakan rasa sayang aku yang teramat pada dia.